Rabu, 27 Februari 2013

Pengenalan



Sireh berlipat sireh pinang,
Sireh dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bunga cempaka indah namanya,
Tumbuh mekar di pohon cemara,
Setiap benda ada empunya,
Inilah blog saya nurul cahaya.


Bismillahirahmanirrahim, salam ukhuwah dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Inilah pertama kali saya mempunyai blog. Blog ini dihasilkan bertujuan untuk menyempurnakan tugasan kursus Sosiolinguistik saya disamping dapat berkongsi ilmu dan menimba pengetahuan. Nama saya ialah Nurul Cahaya binti Sadikan. Teratak kediaman saya terletak di Batu Pahat Johor. Saya merupakan anak kesembilan daripada sepuluh orang adik-beradik. Saya merupakan pelajar semester 4 kursus Pendidikan Bahasa Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hobi saya ialah membaca dan memasak. Saya menanamkan rasa minat untuk membaca kerana dengan membaca saya dapat mempelajari banyak kosa kata dan pelbagai perkataan selain dapat menimba ilmu. Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang pendidik yang dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dikaca mata dunia. Akhir kata, salam ukhuwah saya ucapkan buat sahabat-sahabat. Hidup adalah satu anugerah, tetap jalani hidup dan lakukanlah yang terbaik, insyaAllah pasti diredhai. Sekian, wassalam.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Terima kasih kerana sudi membaca,
Di lain masa bertemu lagi.