4
April 2013 / Khamis
Bahasa
tempelak adalah bahasa yang menggunakan kata-kata cela yang keras dan pedas
dengan tujuan untuk membangkitkan keburukan atau kesalahan orang tertentu.
Menurut Za’ba, bahasa tempelak disifatkan sebagai hendak memulangkan paku buah
keras kepada orang yang tidak mendengar nasihat setelah berlaku sesuatu yang
tidak diingini akibat tidak mendengar nasihat yang diberikan pada
awalnya.
Contoh
situasi: Apabila seorang adik ingin meminta duit belanja daripada abangnya
selepas kehabisan duit akibat boros berbelanja. Abangnya mungkin akan
menempelak dengan menggunakan ayat berikut “Itulah waktu duit masuk, kau tak
beringat untuk menyimpan. Sekarang apa dah jadi? Duit sudah habis, apa yang kau
hendak makan?”
Bahasa
tempelak kadang-kadang digunakan oleh masyarakat untuk menyedarkan seseorang
supaya tidak melakukan kesilapan. Sebagai manusia biasa, apabila ditegur dengan
cara yang lemah lembut mereka kadang-kadang tidak mengambil peduli. Apabila
ditegur dengan cara yang kasar seperti ini barulah mereka sedar dan mengambil
peduli mengenainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan